Sudah lama tidak menulis di blog menggunakan bahasa melayu. Jadi pada hari ini saya ingin menulis menggunakan bahasa ibunda. Tiba-tiba saya tergerak untuk mengemas bilik yang bagaikan tongkang pecah ini. Marilah melihat bilik saya yang tidak seberapa ini setelah dikemas dengan penat lelah dan penuh iktizam (betul ke eja ni -.- hahaha)
rak baju yang hanya diisi dengan baju berlengan pendek atau tidak berlengan. Baju berlengan panjang telah digantung dengan rapi di dalam almari yang juga diisi dengan baju-baju kasual (okay helding myself from laughing now) Jika anda dapat melihat dengan teliti, lihat pada baju yang tergantung paling kiri dan paling atas, ia adalah gaun vintaj (is this right ? XD) yang dibeli pada sahabat handai, Diyanah. Atau nama samarannya Roy Rempitz Crew (okay this is a joke haha). Saya hanya pernah memakai gaun ini sekali sahaja ke luar rumah. Jika ada sesiapa yang ingin membelinya, sila beritahu saya.
Almari kasut yang saya pasti, anda semua sudah bosan melihatnya. Tetapi saya amat kagum dengan diri saya sendiri untuk menjadikannya kemas untuk beberapa hari ini. Sementara hendak menunggu sepatu-sepatu baru untuk tiba, saya meletakkan kotak-kotak kasut dan juga tas tangan di situ. Tiba-tiba tersesat pula kotak Twister kepunyaan Ili Zahirah.
Katil yang memang agak jarang dikemaskan kerana masa yang digunakan untuk tidur di atas katil ini sangat lama. Tidak ada masa untuk mengemasnya. Maaf lah. Jika anda berfikir 'banyaknya pink, tak sakit mata ke ?', baru lah PiNkY gUrLzzzzzzz. Lihat, telefon bimbit saya juga ingin 'interframe'. Saya tidak pernah menangkap gambarnya, katanya.
Bulletin kasut yang sering ditukar gambarnya. Kebanyakkan gambar di ambil dari majalah kegemaran : Harper's Bazaar. Sepatu ini semuanya berharga lebih dari 1 ribu. Boleh dikatakan bahawa semua sepatu ini adalah sepatu idaman. Teringin rasa di hati untuk membeli kasut Hermes yang berharga RM22,450. Mimpi je lah. Kerja 20 tahun nanti baru dapat.
Meja solek yang juga, dipenuhi dengan warna merah jambu. Saya bukan lah peminat warna yang sungguh keperempuanan ini, tetapi kebanyakkan barang yang dibeli adalah berwarna merah jambu. Seperti orang barat mengatakan, 'coincidence'. Lihat pada kotak hitam itu. Di dalamnya mempunyai harta karun yang lanun-lanun seperti Jack Sparrow mencari. Heh, tipu je. Hanya terdapat beberapa jam yang amat disayangi di dalamnya. Nak curi ? Langkah mayat saya dahulu.
Anda cuba lihat kepada paling kanan dan atas. Nampak kertas yang tertulis 'so much, sayaang ! -your gilf' Tidak, saya bukan lesbian, saya tidak mempunyai seorang teman wanita yang menulis ayat tersebut. Dan ya, itu tulisan saya. Ingin memberi kepada bekas kekasih, tetapi tidak sempat. Cinta kami terputus di tengah jalan.
Gelang-gelangan dan cincin-cincinan. Oleh kerana saya selalu menghilangkan aksesori ini, maka saya menyumbatkan semuanya di dalam suatu bekas. Mari ramai-ramai membaca Al-Fatihah kepada cincin-cincin saya yang telah hilang. Al-Fatihah.
Meja belajar yang tidak pernah digunakan. Diletakkan di dalam bilik hanya ingin mencukupkan syarat. Sunggu bersepah meja ini. Maaflah, jika hal-hal mengemas bilik ini saya memang berat tulang. Tetapi jika hal-hal dapur atau memasak, sila lah panggil saya. Dalam meniliti gambar ini, saya terlihat akan nover Breaking Dawn kepunyaan Shidy. Bila lah saya ingin memulangkannya. Oh, terdapat juga diari harian yang sudah lama tidak .. (update in bm apa eh ? -.-) ... diperbaharui.
Tidak lupa juga kepada pewangi bilik berbau epal yang baru dibeli ini. Sungguh comel bekasnya, rasa seperti ingin makan.
Jika hendak mati kerana cinta tidak dibalas lagi lah kan.
Katil yang dihiasi dengan lampu lip-lap yang dibeli di Metrojaya Sale. Hanya berharga RM10. Niat di dalam hati adalah untuk menghiasi katil dengan melilit lampu ini. Dengan harapan untuk mencipta suasana romantik agar senang untuk tidur. Tetapi sekarang katil saya kelihatan seperti pokok krismas yang gian dihiasi oleh kanak-kanak hingusan.
HAHAHAHAHAHAHA !
okay go to my checklist :
1. Write blog in bm (CHECK !)
2. Do a Vlog
3. Celebrate Liverpool winning EPL on blog
Hahaha :D